Terima Kasih ya Allah

Kerana memberikan anugerah terbaik buatku. Kau datangkan langit gelap padaku dulu dan kini kau bawakan cahaya terang yang cukup indah untuk menyinari liku-liku hidupku.

Sedikit tempoh buruk yang ku lalui dahulu membuatkan ku lebih menghargai anugerah-Mu kini.
Ya Allah, sesungguhnya sehingga kini ku masih tidak percaya atas anugerah-Mu kerana ku sedar diriku punya banyak kekurangan yang tidak mengizinkanku untuk memperoleh sesuatu yang bernilai dari-Mu.

Ya-Allah, segala pengalaman yang pernah kau lontarkan padaku dulu telah membuka mataku, memberikanku kesedaran betapa agungnya kuasa-Mu ya Allah. Sesungguhnya dari mu ya-Allah kebahagian ku ditarik dan diberi.
Segala kebahagian yang ditarik dari-Mu, kau gantikan ku dengan sejuta kebahagian yang lebih bernilai.
Betapa ku bersyukur padamu.

Ya-Allah pada-Mu ku bermohon agar kekalkanlah kebahagian yang kumiliki ini, peliharalah segala yang menjadi nadiku hari ini dan berkatilah ia agar ianya terus bersemadi bersamaku meniti hidup di bumi mu ya-Allah

Jadikanlah aku insan terbaik untuk memiliki'nya' sepanjang hayatku.
Terima Kasih ya-Allah

Comments (2)

On September 19, 2010 at 12:26 AM , Anonymous said...

sesungguhnya dari Tuhan lah datangnya petir dan pelangi. awk bersyukur kerana telah perolehinya pelangi hidup awk.

 
On September 19, 2010 at 2:39 AM , Martasha Rosman said...

iyer.. sy sngt bersyukur.. :-)
semoga saudara/i jg memperoleh kebahagian dalam hidup..