Assalamualaikum,
Kali ni lagi lama sy tak update blog. Memang busy dgn bermacam2 rutin harian kerja + family dan yang paling utama mestilah sibuk dengan baby sy yg baru lahir ni. Alhamdulillah pada tanggal 16 Nov 11 sy selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang telah diberi nama Annur Izz Zahra ~ Cahaya Kekuatan yang Berseri.
Annur Izz Zahra lahir genap 37 weeks sy mengandung. Awal kan? Cepat sungguh baby mama keluar mmg tak dijangka2 sbb pada hari nak melahirkan saya sempat ke pejabat pos untuk pos barang pada customer2. Nasib baik air ketuban tak pecah masa nak pos barang kat poslaju :p Memang tak dijangka baby zara nak keluar awal biasa orang kata anak 1st nak2 baby girl lambat keluar tp ni terbalik pulak. So far 3 kali scan mmg tiga2 doctor bgtau bby kami gurl.. tepat jangkaan.. heee..

Nak diceritakan pengalaman bersalin, alhamdulillah semuanya dipermudahkan. pada 16 nov jam 12.30 tghari sy masih di pusat bandar pasir gudang seorang diri untuk pos barang customer, husband pula di tempat kerja. Kemudian balik rumah sempat lagi online tgk movie.. hee.. then masa nak solat zuhur time rukuk rakaat 1 terus rasa macam ada air deras je keluar.. 1stime kan so rasa pelik air apa pulak ni x kan air kencing kot.. then trus buka telekung semua pergila bilik air.. masalahnya air tu langsung x boleh tahan.. cuak da rasa dalam  hati duk fikir da nak bersalin ke ni tapi mcm awal lagi.. last2 rasa da mmg betul2 confrm terus call husband. then dalam keadaan air ketuban pecah tu duk sempat makan nasi lagi. haha. nak cuak juga sebenarnya tapi sbb sakit tu belum datang nak cuak pun xtau mcmana.

dalam pukul 2.30 kot sampai hospital penawar pasir gudang masih tak rasa sakit.. tapi da timbul skit perasaan cuak sbb tak suka bau hospital..rasa gerun je..  then jumpa la dr.suhaimi untuk checkup. sekali doctor seluk da buka 2 cm.. masa tu risau gak doctor seluk msti sakit duk dgr pengalaman orang.. doc pun siap ckp 'tahan ye mungkin rasa tak selesa skit'.. ber iya2 dalam hati baca doa nabi yunus rupa2nya tak la sakit pun maybe dr suhaimi buat lemah lembut kot..:p sekali dr ckp da buka 2cm.. wah mengelabah balik rasanya.. ni sah2 nak bersalin ni tp mental tak ready camni.. hehe.. tp malas nak layan perasaan buat tak tau jelah.. dalam kul 4 terus masuk labour room da buka 5cm still x rasa sakit.. then dr da bgtau maybe b4 6am i akan bersalin biasala normally sakit bersalin anak pertama maybe 12 jam kene tahan sakit.. tp alhamdulillah around 9pm i da bersalin.. start sakit dalam pukul 8 pm kot.. n akhirnya berjaya bersalin normal..

ni my baby :)
masa berusia 1 hari.. 


masa ni baru seminggu pantang bersalin






kami bahagia sangat kini dgn baby yg comel + manja (masih belum habis pantang :p)

Setelah kelahiran baby zara mmg diakui mental n fizikal agak penat maklumlah nak2 first baby kan tp so far masih boleh handle lagi.. Even penat sekalipun rasa bahagia sngat bila tgk baby zara mcm kat bawah ni.. haha boleh pulak dia cenyum masa tidur .. mimpi apa ni syg mama.. ? haha








Links to this post
Assalamualaikum,
Rasanya lama sungguh tak update personal blog ni. Maklumlah dah semakin busy dgn kehidupan seharian sampai tak ada masa nak taip panjang2 tulis kat sini. :)

Sekarang saya dah 32 minggu hamil, macam tak percaya cepat masa berlalu 8 bulan dah :) Selepas diijabkabulkan dengan suami yang sangat penyayang pada 12 Feb 2011 lepas dan tak lama lagi insyaallah jika diizinkan Allah kami bakal mendapat cahaya mata pada awal Dis tahun ni. Moga-moga dipermudahkan di saat kelahiran nanti :) Bersyukur sehingga saat ini segalanya dipermudahkan dan tidak mengalami sebarang simpton yang membahayakan kepada ibu hamil, harap2 berterusan sehingga saat pelahiran itu tiba.

Masuk kali ni rasanya dah 6 kali scan, seronok bila tgk baby dalam rahim ni gerak2 semuanya nampak normal, alhamdulillah. Bersyukur kerana berpeluang untuk menjadi seorang ibu pada usia ini. :)  Dan setelah 3 kali scan yang terkini dengan tiga(3) doktor yang berbeza semuanya memberi pendapat yang sama tentang jantina bakal cahaya mata kami. Ehehe tepat tekaan saya yang baby saya ni ehem ehem nampaknya hubby kalah btw kami tak kisah apa pun jantina anak kami janji fizikal dan mentalnya sihat pun dah cukup syukur.

Erm persiapan barang baby n mom to be ni semuanya hampir 90% dah dibeli. Cuma agak2nya bila dah tahu keputusan dari 3 orang doktor ttg jantina baby ni boleh lah kot beli color baju yang specific sikit.. yelah before ni beli color2 natural je sbb tak tau boy or girl. :p

Due saya dijangka awal dis ni..insyaallah harap2 tepat lah tarikh yang doc bagi tu. Me & hubby dah daftar pun dekat Hospital Penawar & dah bayar deposit pun means mmg confirm nak deliver kat sana je berikutan ramai yang review bagus berkenaan servis Dr.Suhaimi kat hospital tu. Masa daftar seronok betul terus dapat hamper.. hehe.. mcm budak2 seronok.. :p


Dalam hamper ni ada sampel susu anmum materna & lacta, pampers, diaper bag, travel bag, magazine, soft toy untuk baby main2 dalam kereta..wee suka.. thanx Hospital Penawar.. nanti after deliver bagi hamper lagi ye..hihi


wajah ibu mengandung.. tembam aka gemok kan.. ni pic masa raya hari tu


sempat lagi berposing.. al maklum lah excited nanti boleh la tunjuk kat baby.. 'baby.. ni la hospital ummi lahirkan baby' :)


Ruang menunggu kat Hospital Penawar ni dah mcm english style dah.. rasa mcm bukan kat Hospital :p


Nakalnya hubby tangkap gambar dari sudut itu.. nampakkan lagi sy yg semakin gemok :p

Dalam bulan ni ada 3 checkup lagi kene pergi.. rasa malasnya nak pergi checkup kat Klinik Kesihatan Kota Masai tu.. klinik Desa ok lagi.. tp yang klinik kesihatan tu if pergi pukul 8 pagi pun belum tentu 12tgh boleh balik. Huuuu masa itu adalah emas amat berharga rasa penatnya menunggu. Tapi demi baby kutabahkan jua..

Masa itu emas.. yup maklumlah dgn keadaan pregnant sekarang kerja pun melambak2.. mana nak handle kerja office lagi, freelance lagi (kadang2, dah dekat nak due ni dah x ambil kerja freelance, x larat dah) + nak uruskan bisnes yang baru nak naik ni lagi. Sampai pernah tidur 12tgh mlm -1pg pun ada. Apapun sy ttp bersyukur dgn rezeki yang Allah bagi ni. Alhamdulillah sejak hamil rezeki mmg mencurah2 semuanya kurniaan dari Allah. 

Anyone yang kat luar sana cubalah berbisnes.. bisnes ni best sebenarnya antara berani dgn tidak je.. tapi kenalah betul2 minat n kene ada asas sikit lah dalam bab2 marketing ni.. tu penting tu nak2 bila buat bisnes secara online.. saingan pun banyak so tiap masa tu kene sentiasa berfikir how to tackle your customer. Tapi sy buat bisnes pun secara part time sbb masih lagi kerja full time. For me, sy lebih selesa jika dalam masa yang sama sy dapat pendapatan yang tetap (Kerja Office) plus income sampingan (income yang tak tetap tapi unlimited profit kalau pandai manage). So pilihan di tangan masing2 samada selesa dgn cara yang mana. Kalau rasa badan mampu carry on dua2 pilihan boleh lah teruskan.. Macam sy ni kadang2 mmg agak tak cukup masa tapi seronok :) Penat jangan cakap la nak2 as ibu mengandung badan kita mudah lemah kan. So, masa ni lah penting nak makan makanan sihat2..+ suplimen yang bagus..  :)
Links to this post
Berubah? Apa yang dikatakan berubah itu adalah satu peralihan dari suatu keadaan kepada suatu keadaaan yang lain. Tika jemari ini sibuk mencari informasi yang berguna menjelang hari bahagia, tiba-tiba terjumpa satu article yang boleh dikatakan menarik perhatian saya. Penulisannya begitu bertepatan dengan diri saya dan juga persekitaran saya.


Saya berhasrat untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan saya dan saya percaya ramai di luar sana juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Setiap orang tidak lari dari membuat kesilapan mahupun kecil atau besar cuma ianya terpulang kepada diri kita sama ada kita menyedarinya dan berusaha untuk keluar dari kepompong cara hidup lama.




Jangan sekali kita merasa diri kita adalah terbaik dan sempurna sehingga hanya pandang pada kelemahan insan lain. Saya setuju dengan prinsip hidup insan teristimewa dalam hidup saya iaitu 
"Orang yang sentiasa merasakan imannya cukup kuat adalah orang yang paling lemah sekali imannya manakala orang yang sentiasa merasai keimanannya begitu tipis itulah orang yang sentiasa imannya terjaga oleh Allah s.w.t"


Banyak yang perlu saya pelajari dalam hidup ini dan saya bersyukur setiap apa kesalahan yang saya lakukan Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada saya tidak kira dari segi kesedaran mahupun balasan, dan dari situ saya yakin Allah masih menyayangi saya sebagai umat-Nya dan tidak mahu saya jauh dari-Nya. 


Kepada insan istimewa terima kasih kerana menjadikan saya lebih baik dari semalam. Anda menjadikan hidup saya lebih bermakna dalam meniti perjalanan hidup ini bersama.


Opps..lupa ini artikelnya..


Satu perkara yang saya belajar dalam pengalaman 20 tahun kehidupan saya, adalah manusia itu boleh berubah.
Memang. Anda akan kata pada saya: “Memanglah. Manusia memang boleh berubah”
Ya. Kita memang tahu. Ini memang pengetahuan am. Tetapi siapakah yang merasai betapa besarnya satu-satu ‘perubahan’ itu?
Di dalam hidup ini, ada satu garisan yang membahagikan kita kepada dua kumpulan.
Baik dan buruk.
Kita jangan sesekali lupa, bahawa seseorang manusia itu boleh berubah dari buruk kepada baik.
Dan kita juga jangan sesekali lupa, bahawa seseorang manusia itu boleh berubah sebaliknya.
Dari baik kepada buruk.


Manusia boleh berubah 1: Buruk kepada baik
Kita selalu lupa kenyataan ini. Lupa dalam amal dan perbuatan, lupa dalam minda dan akal fikiran, lupa dalam hati dan jiwa.
Mungkin satu waktu dahulu kita kenal Si A. Dia ada banyak perkara negatif di dalam dirinya. Kita tidak suka Si A pada suatu masa dahulu. Tetapi lama waktu berlalu, kita berjumpa semula dengan Si A. Si A berbeza daripada dahulu. Dia sudah berubah. Walaupun mungkin bukan 100%, tetapi dia menunjukkan perubahan.
Tetapi kita sukar menerimanya.
“eleh, berlakon je kut”
“Ah, dulu punya luka masih besar lagi!”
“Ini silap haribulan sekejap je ni”
Ayat-ayat begitulah yang keluar dari hati.
Akhirnya virus ini merebak ke dalam kehidupan. Kita tidak menghayati perubahan Si A. Kita tidak merasai betapa sukarnya dia hendak melakukan perubahan. Kita tidak tahu mungkin betapa menyesalnya Si A dengan kehidupannya yang lalu. Kita tidak tahu mungkin betapa dia bermati-matian untuk membawa dirinya ke arah apa yang dia sedang pijak hari ini.
Lebih buruk lagi, oleh kerana tidak puas hatinya kita kepada Si A, dan rasa macam tak puas hati dengan perubahan yang telah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri, lebih-lebih lagi apabila Si A muncul menonjol luar dari apa yang kita mungkin boleh jangkai, kita mula mencari mana lagi salah-salah Si A yang boleh dieksploitasi.
Di sinilah akhirnya yang sekecil kuman pun dibesarkan sebesar gajah. Dosa-dosa lama diungkit seakan baru. Salah faham yang mungkin berlaku dalam komunikasi, kehidupan Si A, dibesar-besarkan seakan ia adalah satu perkara yang ‘betul faham’. Dan apa-apa sahaja cerita buruk yang di’dengari’ dari orang lain akan Si A, dijaja seluruh dunia seakan benar.
Ini adalah penyakit.
Penyakit kerana kita tidak menyedari, bahawa manusia itu boleh berubah.

Manusia boleh berubah 2: Baik kepada buruk
Kita juga kadangkala selalu melupakan perkara ini. Kita lupa bahawa Allah itu mampu menurunkan seseorang yang baik, menjadi seorang yang buruk. Mungkin dahulu solat, sekarang tidak. Mungkin dahulu ada hubungan dengan Allah, sekarang tidak. Banyak lagi.
Kelupaan kita terhadap perkara inilah, yang membuatkan kita senang memandang hina kepada mereka yang bergelumang di dalam dosa dan keburukan. Kelupaan kita akan perkara inilah, yang membuatkan kita mudah menyatakan orang lain masuk neraka, kafir dan sebagainya. Kita boikot orang-orang berdosa dan mengumpat cerca mereka.
Ya, mungkin hari ini kita ada nikmat iman dan nikmat Islam.
Tetapi kita punya kah?
Sepatutnya, kesyukuran kita ini mendapat nikmat iman dan Islam, perlu ditunjukkan dengan menyebarkannya dengan lebih jauh dan lebih ramai lagi. Bukannya menyedikitkannya dengan menyatakan orang-orang lain masuk neraka atau kafir atau tak ada harapan atau dah terjerumus.
Maka sepatutnya kita tidak merasakan bahawa diri ini sudah berada di dalam comfort zone. Rasa keimanan kita sudah cukup. Rasa Islam kita sudah bagus. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak kebaikan yang kita lakukan, tetapi lihatlah berapa banyak dosa yang masih belum kita selesaikan. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak dosa orang lain lakukan, tetapi lihatlah kebaikan-kebaikan yang dia ada sebagai motivasi untuk mengajaknya kepada kebenaran.
Kita sepatutnya melihat di sekeliling kita.
Mungkin ramai sahaja, orang-orang yang mendapat didikan agama, tetapi tidak mengaplikasikannya. Mungkin ramai sahaja, orang yang dahulunya ikut usrah, tapi kini perangai entah apa-apa. Mungkin ada pengalaman kita, orang yang dahulu bertudung, sekarang boleh dedah sampai ke paras dada dan pakai ketat-ketat.
Sepatutnya, kita bersyukur dengan kebaikan kita, dan berusaha untuk menambahnya dalam rangka menghargainya. Dan syukur kita, kita lepaskan dalam bentuk mengajak lebih ramai lagi orang lain untuk berada dalam lingkungan keredhaan Allah.
Bukannya kita tunjukkan dengan mencerca mereka yang diuji pula!

Manusia boleh berubah 3: Turun dan naik
Satu lagi kenyataan yang perlu diperhatikan. Bahawa manusia itu ada turun dan ada naiknya.
Mungkin kita ada sahabat, awal perkenalan kita kenal bagus. Kemudian tiba-tiba di tengah perkenalan kita, sahabat kita tiba-tiba melakukan sesuatu yang tidak enak di mata kita seperti bercouple dan sebagainya.
Apakah biasanya tindakan kita?
Ada kalangan kita yang merupakan ekstrimis, terus memboikot mereka ini, menyatakan bahawa mereka ini tiada harapan, dan kita cerca mereka dengan berbagai cercaan.
Apabila sahabat kita ini melakukan perubahan, kita tidak menerima mereka. Kononnya kepercayaan telah dikhianati dan sebagainya. Kita tidak mengerti betapa susahnya dia diuji sedemikian. Kadangkala, manusia yang terjerumus ini, bukan dengan kehendaknya. Dia terperangkap. Mungkin terperangkap atas unsur orang lain, dan ada juga yang terperangkap kerana sebelumnya dia ingat boleh.
Janganlah kata dia budak agama, takkan dia tak tahu. Janganlah kata dia anak murid orang hebat, takkanlah dia tak tahu. Habis, Ka’ab bin Malik itu sahabat Rasulullah, takkan dia tak tahu tak pergi perang tu salah? Abu Dzar Al-Ghifari itu sahabat Rasulullah, takkan dia tak tahu memanggil Bilal bin Rabah sebagai ‘anak hitam’ itu salah?
Di sinilah kita perlu memahami. Bahawa manusia itu ada turun dan naiknya. Mereka ini diuji. Mungkin kita belum diuji.
Jadi peranan kita, adalah memberikan sokongan dan dorongan agar mereka mampu melepasi ujian itu. Agar nanti, saat waktu kita pula diuji, moga-moga Allah mempermudahkan urusan kita pula.

Penutup: Berdoalah supaya kita serta orang lain berubah ke arah kebaikan, dan sentiasa muhasabah
Moga-moga, perubahan-perubahan yang Allah berikan kepada kita dalam kehidupan ini hanyalah kehidupan ke arah kebaikan semata-mata. Moga-moga, Allah mengubah kita dan mengubah manusia di sekeliling kita ke arah kebaikan.
Kita juga kena berusaha agar doa itu menjadi realiti.
Sentiasalah muhasabah dan buatlah banyak checkpoint di dalam kehidupan kita.
Sentiasalah merendah diri, dan merasa kasih sayang kepada orang lain.
Dengan memahami fitrah perubahan inilah, kita akan menghasilkan rasa hendak mengambil berat akan diri dan orang lain. Dengan memahami perkara inilah, kita akan lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga diri. Dengan memahami perkara inilah, kita akan bergantung lebih kepada Allah SWT.
“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” Surah Ali-Imran ayat 8.
Links to this post
Perkara Yang Dapat Melepas/Meringankan Dari Seksaan Kubur – HadisUntuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith dan Sunnah :



1. Memelihara Solat 5 Waktu

Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya "Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian 

Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda :"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke Syurga." (bagi mereka yg beriman).** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh Abu Nu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.

Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah" (Pencegah, penahan dari seksaan)dimana beliau bersabda;"Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaan Kubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusi Ibnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan."Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak.., adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur"Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (SurahAs-Sajdah) dan Tabaarak.

4. Mati SyahidHadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajah bahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur.

Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda :"Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah lebih utama". Terkadang berliau bersabda : Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedang hatinya masih terikat dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah)nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur; sedangkan amalannya subur(terusbertambah;dipahalai sebagai hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat." Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat

Rasullulah s.a.w bersabda : "Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya darifitnah kubur" Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'

6. Mati sebab sakit dalam perut

Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu':"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnyatidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat IbuMaajah Al Baihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap iaHasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah

Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah sawbersabda:"Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yang menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu dengan kematian; akan tetapi tidaklahmengapa dengan menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:

Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda :"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan)Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat At-Tabaraani

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang sedang dianiayai:

Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan :"Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan.Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.Sesudah api hilang(padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebabapakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialahdisebabkan)engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkaupernah melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidakmemberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi

10.Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur

Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim,Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakanlepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah baginda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi : "Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada/fitnah(gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"

11. Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah saw berbunyi:

"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku" Riwayat Abi Umaamah
Links to this post


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwamyang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10.Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11.Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12.Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13.Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14.Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15.Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.

16.Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17.Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan.

18.Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19.Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20.Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21.Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22.Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

Links to this post

Bercerita mengenai perasaan sedih, pasti setiap orang mengalaminya. Walaubagaimanapun terdapat juga manusia yang mempunyai hati sekeras batu dan tidak memiliki perasaan sedih.
Bagi manusia normal, perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. Sekiranya ia tidak mampu dikawal, akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi. Perasaan ini berlaku tatkala berlaku sesuatu peristiwa / keadaan yang menyedihkan. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesedihan wujud dalam naluri kita. Antaranya ialah :-
1. Kehilangan. Kebiasaannya apabila mengalami kehilangan sesuatu yang amat disayangi (samada manusia, binatang, barang) akan menimbulkan perasaan sayu. Memori bersama akan timbul sedikit demi sedikit yang menyebabkan timbul perasaan sedih.
2. Dikecewakan. Apabila ditipu, dipermainkan akan menimbulkan perasaan sedih. Terutama apabila terlalu dikecewakan oleh orang yang dipercayai, disayangi.
3. Melihat kesengsaraan orang lain. Bila memandang orang lain yang mengalami masalah-masalah yang tak sanggup dipikul. Ianya mampu mengundang kesedihan.
4. Kesedihan buat-buat. Percaya atau tidak terdapat perasaan sedih yang dibuat-buat. Mungkin untuk mendapatkan simpati dari orang lain. Ini bahaya kerana manusia yang mudah percaya akan dijerat oleh manusia tidak bertanggungjawab ini.
5. Tiba-tiba. Ini juga boleh dan pernah berlaku. Tanpa sebarang sebab tiba-tiba terasa hiba. Mungkin ianya disebabkan oleh tindakbalas kimia kot.. Ntahlah..
6. Mengenang nasib diri. Ianya berlaku jika terlalu asyik memikirkan keadaan diri yang mungkin tidak sebaik orang lain. Ianya mampu memberikan kesedihan yang melampau.
7. Menonton drama/filem. Biasalah tengok cerita yang sedih memanglah airmata bertakung. Kalau tengok cerita yang boleh memberikan keinsafan takpelah juga. Ni asyik-asyik pasal cinta tak direstui. Alahai..
Saya yakin situasi di atas mungkin pernah berlaku pada diri anda. Kadangkala ianya mampu memberikan impak yang tidak baik terhadap emosi kalau tidak dikawal.
1. Luahkan masalah tersebut kepada rakan dipercayai atau pakar. Ia bukan perkara mudah sebab bukan semua orang boleh dipercayai. Kesilapan meluahkan mampu menambahkan lebih masalah.
2. Menangis.. Biasanya kaum hawa akan menangis kalau perasaan sedih datang. Dengan tangisan mampu meredakan emosi yang bersarang dalam hati.
3. MengingatiNya.. Melakukan solat, membaca Al-Quran mampu memberikan ketenangan dalam hati..
4. Elakkan melayan perasaan dan lakukan aktiviti lain. Ini sekaligus dapat mengurangkan situasi keseorangan yang mana perasaan sedih mudah wujud dalam diri.


Links to this post
KUDIS
Kudis atau ‘scabies’ adalah penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh HAMA. Ia menyebabkan kegatalan teruatama pada waktu malam. Kudis sering tumbuh sekitar badan yang lembab seperti tangan, ketiak, paha dan juga di clah jari tangan atau kaki.
KURAP
Ia adalah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh FUNGI. Ia senang berjangkit dan masa efeksi adalah beberapa hari. Gejala kurap dapat dikesan apabila terdapat bahagian kecil yang kasar pada kulit dengan dikelilingi kingkaran merah muda. Pengidap penyakit ini akan merasa gatal pada bahagian kulit yang dijangkiti dan jika tidak dirawat dengan segera, ia akan memberikan kesan yang buruk dan merebak ke seluruhan kulit.
PANAU
Panau atau ‘tinea versicolor’ atau ‘pityriasis versicolor’ disebabkan sejenis kulat daripada jenis ‘malasse2ia’. Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila pengidap penyakit ini berpeluh. Ia boleh dikesan dengan timbulnya tompok-tompok berwarna putih, coklat atau merah pada kulit.

Petua Mengelakkannya ;
1. Gamat
Mempunyai kesan anti-fungus yang sememangnya boleh membunuh kulat dengan segera. Ia juga dapat membantu mengurangkan gatal kesan daripada masalah kulit atau panau. Gamat juga memberi kesan melembab dan menyihatkan kulit yang turut membantu mencegah kulit dari pacah dan bermasalah.
2. Kapur
Ambil kapur makan dan campurkan sedikit sabun mandi. Kemudian campurkan sedikit air dan sapukan pada bahagian yang terkena kurap dan panau. Ulang sebanyak 2 kali sehari, InshaAllah dalam seminggu akan hilang kesan parut kurap dan panau itu.
3. Biji Ubi Bembam
Beberapa biji ubi bembam diparut dan diperah untuk mendapatkan airnya. Kemudian campurkan air itu dengan bedak sejuk dan sapukan ditempat berkenaan 2 kali sehari sehingga sembuh.
ELAKKAN!
1.     berkongsi tuala mandi
2.     mandi tanpa menggunakan sabun
3.     memakai baju yang sama berulang kali
4.     tabiat tidak menjaga kebersihan diri
5.     membasuh muka atau mandi semasa badan berpeluh

Links to this post
Assalamualaikum,
Saya nak bercerita sikit tentang pengalaman saya mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di Tampin, Negeri  Sembilan pada 2-3 October 2010.
Bertempat di:
Pedoman Khusus Enterprise
B-8/3, Tampin Square 73000 Tampin, NS
Tel: 06-4418579
Sesiapa yang berminat boleh lah terus hubungi nombor ni or dtg terus ke sana. X susa pun nak cari.
Sepatutnya 1 kelas 80 org tapi hari tu mmg ramai sangat dalam 100++ jgk la. Jadi agak sempit ruang dalam bilik ceramah. Ceramah meliputi beberapa modul. Antaranya:
-          Akidah
-          Ibadah
-          Akhlak
-          Perkahwinan & Prosedur
-          Hubungan dalam Keluarga
-          Pengurusan Kewangan, Masa, Stress, Kesihatan
-          Komunikasi  Suami Isteri
-          Perkhidmatan Rundingcara di  Jabatan Agama Islam
-          Pembubaran Perkahwinan
Setelah selesai lengkap semua modul di atas, pada hari terakhir barulah kami semua layak terima sijil layak kahwin.. hehe..
RASANYA MACAM TAK PERCAYA dah nak kahwin, target nak kahwin sebenarnya dalam umur 26 tapi jodoh datang awal, sangat bersyukur sebab inilah jodoh yang saya nanti-nantikan.
Pengalaman masa ceramah sangat best. Hari pertama je dah terlewat so kelam kabut drive ke tampin.. terpaksa lah pecut potong lori, kereta termasuk ambulan sekali. :-p Pukul 8-8.45 sesi pendaftaran. Tapi ceramah bermula pada pukul 9.30 sebab ramai jg rupanya yang lewat. Tempat ceramah tu pulak kat tingkat 4 Tampin Square, JENUH jugak nak mendaki tangga tinggi2 gtu.. abis berpeluh. (lama tak exercise da..hee)
Rasanya ralat jugak sbb hadiri kursus kahwin tanpa tunang di sisi. Tapi disebabkan desakan masa, kenelah  akur.. hehe.. en. Tunang juga masih belum ambil sebab sibuk dgn urusan kerja.. kesian dia.
Ceramah yang paling best dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rashdan (hehe sama dgn nama tunang) dan yang kedua Ustaz Azamir Alias. Ustaz Azamir ni mmg kelakar orangnya dari awl ceramah hingga habis semua orang gelak non stop.Credit to him kerana berjaya menghilangkan ngantuk kami.
So kepada pasangan di luar sana, nasihat saya kalau nak ambil kursus kahwin masa yang paling sesuai dalam lingkungan 3-4 bulan sebelum tarikh perkahwinan  supaya tak tergesa-gesa or kelam kabut last minit. Even saya orang melaka, saya direct buat kat Tampin sebab saya area Alor Gajah. Jadi dekatlah. Tapi mostly peserta ceramah dari Melaka sbb kat Melaka da full. Jadi yang jauh2 dari jasin, merlimau terpaksa lah drive jauh2 ke tampin ni. So...  planning awal untuk langkah selamat. Peace.
Salam.


Links to this post